HAK ASASI MANUSIA DALAM ISLAM
Hak asasi manusia (HAM) merupakan hak-hak yang dimiliki setiap manusia yang telah ditetapkan ilahi pada setiap individu bermula dari alam roh mengikut ajaran Islam. Ilham mengenai HAM timbul di dataran Eropah pada abad ke 17 dan 18 sebagai reaksi atas feodalisme kaum atasan dan kekuasaan raja-raja yang absolute serta berlaku zalim terhadap rakyat dan masyarakat lapisan bawahan.Sampai ke saat itu usaha-usaha untuk menegakkan hak asasi manusia terus berlaku. Keberhasilan dari ikhtiar tersebut dengan dikeluarkanya Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (Universal Declaration of Human Right) pada tahun 1948 oleh Perserikatan Bangsa Bangsa.
Sebelum dikeluarkanya Universal Declaration of Human Right, idea tentang hak asasi manusia juga terdapat pada ajaran Islam. Akidah dan ketauhidan amat ditekankan dalam Islam.Ianya sebagai 'pasak' paling utama untuk kukuhnya berdiri sebagai seorang Muslim.Sebagai memetik dari Hak Asasi Manusia ke atas kaum wanita Islam. Terdapat banyak Keistimewaan hak wanita dalam Islam diantaranya ialah hak memilih pekerjaaan yang sesuai nalurinya yang dijadikan oleh Allah,menjadi ketua dalam sesebuah organisasi jika berkeperluan dengan ada pada wanita itu kemahiran yang diperlukan sebagai seorang ketua,berpolitik,menuntut ilmu dan lain-lain lagi.Merujuk kepada surah al-Nisa’ ayat 32
Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Bahawa ayat ini menunjukkan betapa adilnya Islam dalam menggariskan hak
terhadap wanita dari harta benda,ilmu pengetahuan serta pangkat
kebesaran.Kerana dari apa yang telah ditentukan allah dari segi rezeki dan
kelebihan adalah tertakluk atas apa yang diusahakan oleh manusia itu sendiri
samada lelaki atau perempuan.Maka,di dalam islam tidak terdapat satu pun
larangan terhadap wanita dalam berpolitik dan bermasyarakat ianya jelas
dinukilkan dalam sejarah bahawa wanita yang hebat seperti Saidatina Khadijah r.a
seorang usahawan yang sangat berjaya dan luarbiasa sehinggakan pemergiannya
memberi kesedihan di hati baginda Rasulullah s.a.w yang mana Khadijahlah yang
menjadi “tulang belakang” dari segi buah fikiran,ekonomi, Rasulullah s.a.w
ketika beliau mengembangkan syiar Islam.Manakala salah satu ayat yang berkaitan
dengan usaha wanita dalam bidang politik.At Taubah 71.
71. Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Gambaran ayat di atas menunjukkan tuntutan dan kerjasama antara lelaki dan wanita dalam menyeru kebaikan dalam berbagai bidang dan aspek dalam kehidupan kini serta mampu memberi tunjuk ajar terhadap masyarakat kini dari segi nasihat pandangan jalan keluar dari masalah dan ajakan terhadap perkara yang dituntut di dalam agama Islam.Manakala menurut Mustafa al Sibaie (1963:156) tugas utama wakil rakyat ada du iaitu perundangan dan pengawasan.Dari segi perundangan Islam tidak melarang kaum wanita bekerja dalam bidang perundangan jika mereka berkemahiran di dalam bidang tersebut kerana faktor utama yang melayakkan wanita tersebut menyandang jawatan seperti itu adalah kerana ilmunya yang mendalam di bidang perundangan.Islam pula memberi peluang pembelajaran antara lelaki dan perempuan tanpa dibezakan dan diskriminasi.Sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap orang Muslim. (Riwayat Abu Daud 1986:9 ) Ilmu pengetahuan yang tinggi dan akhlak yang terpuji itu yang membezakan wanita Islam itu dengan wanita-wanita yang lain.Wanita itu akan menjadi lebih berharga dan bernilai jika ianya ada kemantapan dari segi akidah,ilmu peradaban dan akhlak jatidiri hal tersebut ada di dalam diri Srikandi Islam iaitu isteri Rasulullah s.a.w iaitu Saidatina Aisyah r.a yang memiliki kebijaksanaan dalam memberi pandangan dan contoh teladan pada zaman Rasulullah s.a.w dan sehingga kini.Begitulah sedikit penerangan tentang tinggi nilainya hak asasi manusia dalam Islam.Wallahuaklam.